06 Januari, 2009

Sumbangan Anda Amat Berharga ( Petikan Dari Blog Vision - To Produce Champion) Fairoz Izni Abd Ghani


DATUK Paduka Mumtaz Jaafar menyampaikan cenderahati kepada Norli sambil diperhati Ahli Yayasan Kebajikan Atlit Kebangsaan di kediaman Alwi di Keramat, kelmarin.


Salam sejahtera,

Kuala Lumpur, Isnin 9.45 pm saya sedang menunggu berta sukan TV3 antara yang menarik adalah Yayasan Kebajikan Atlet telah ditubuhkan untuk membantu atlet-atlet mahupun bekas-bekas atlet/jurulatih/atau mereka yang penah berjasa kepada negara Malaysia. Antara mereka yang mendapat perhatian dalam slot sukan adalah jurulatih trek pecut negara iaitu En.ALWI AHMAD atau di kenali Pak Awi.

Jasanya kepada negara tidak ternilai untuk mengharumkan nama negara ketika Era 50an -80-an dengan melahirkan beberapa jaguh negara salah seorangnya adalah anak beliau sendiri iaitu Rosman Alwi serta beberapa anak didiknya bekas jaguh negara Mutalib Mydin (abang kepada Dato' Malek Mydin/Perenang Selat Inggeris), Haris Fazilah Othman, Suhaimi Keton dan beberapa pelumba yang tidak dapat saya senaraikan.

Apa yang saya dengar dari cerita-cerita dari bekas anak didiknya, beliau amat prihatin terhadap kebajikan pelumba, selalu membantu cyclist yang dalam kesusahan ketika itu. Mereka semua akan bersama-sama berkongsi kesusahan demi mengharumkan nama negara Malaysia.

Saya juga telah mendapat pesanan sms dari bekas pelumba negara Suhaimi Keton penyarung jersi Polka Dot LTDL 1999 berbunyi "salam shabat ku t(nanti) tlg la amik kat bdk2 msn sapa yg nak mderma area sna kau wakil..abg n mber2 yg lain wat tbung tuk pak awi..t klu ada derma tu hbungi abg t kta g umah pak awi..sma2 la kta bri bantuan pada pak awi yg pnah bjasa tuk negara n skan bskal. salam"

Pak awi memerlukan pembiayaan kos perubatannya yang agak tinggi setiap hari di rumahnya di Keramat, Kuala Lumpur. Apa yang boleh kita semua buat hanyalah berdoa dan sedikit sebanyak menghulurkan sedikit sumbangan kewangan atau berupa barangan(susu dan makanan khas) bagi meringankan kos hariannya. Sumbangan anda semua amatlah dihargai dan mengenang jasanya terhadap negara Malaysia.

PETIKAN DARI BERITA HARIAN.

'Bapa selalu bertanya rakan'

Oleh Meor Hisham Zulkifli
sham@bharian.com.my

TIADA apa yang diinginkan oleh bekas jaguh lumba basikal kebangsaan, Alwi Ahmad, 76, ketika dirinya kini derita terlantar akibat diserang angin ahmar buat kali kedua genap setahun yang lalu kecuali bertemu kembali dengan rakan dan sanak saudara.

Meskipun menyedari dirinya dihambat usia dan sudah tidak berdaya, cintanya terhadap sukan lumba basikal tidak pernah padam, malah terus terserlah apabila acap kali meluahkan hasrat untuk bertemu dengan rakan yang pernah bergelumang dalam dunia sukan itu.

"Bapa kerap kali bertanyakan rakannya dalam sukan lumba basikal. Dulu ada sekali Presiden Persekutuan Lumba Basikal Kebangsaan (MNCF), Abu Samah Wahab datang menjenguk, tetapi selepas itu tiada lagi.

"Kalau boleh saya teringin juga membawa bapa bertemu dengan rakannya, namun keadaannya yang terlantar membantutkan hasrat itu," kata Rosman Alwi yang juga atlit berbasikal tersohor negara dan dinobatkan Olahragawan Kebangsaan 1985.

Rosman berkata, percakapan bapanya yang menyerlah sekitar 1950-an dan sebaris dengan pelumba disegani ketika itu seperti Abdul Latif Wahab, Mansor Sawi, Malik Selamat, Kwa Chin Swee, Tay Bok Teck, Samat Kanawi dan Alwi Abdullah, kini sukar difahami.

"Selepas diserang angin ahmar buat kali kedua pada Januari tahun lalu, dia sudah tidak mampu bertutur dengan baik selain menyebabkan tubuhnya terus lumpuh kecuali menggerakkan sedikit tangan dan kaki kanannya.

"Selain darah tinggi, penyakit kencing manisnya dalam keadaan terkawal tetapi disebabkan dirinya yang terus terlantar, kami adik beradik terpaksa membeli katil seperti di hospital untuk meringankan penderitaannya," kata Rosman.

Beliau berkata, bapanya tidak lagi boleh mengunyah serta menelan memaksa doktor menebuk dadanya bagi membolehkan saluran tiub getah dipasang bagi membolehkannya dia memakan makanan dalam bentuk cairan.

"Mujur emak (Norli Noramin, 66) masih sihat dan dapat membantu menguruskan bapa," kata Rosman.

Tiada apa yang boleh kita semua ungkapkan dari kata-kata terbaik untuknya walaupun kita sedia maklum beliau begitu tenat, selain berharap beliau mendapat kekuatkan semangat dan sihat sejahtera seperti sediakala. Amiin.


Jika anda ingin menghulurkan sumbangan, saya sebagai wakil untuk keluarga Pak Awi,Anda boleh menerusi ke akaun maybank saya bernombor 1121 47 59 5896 Maybank2u.com Fairoz Izni Abd Ghani(H/P 017- 3464 327) dan email kepada saya fairoz019@hotmail.com setelah membuat transfer atau boleh ke rumah Pak Awi.

Jutaan Terima Kasih.

Tiada ulasan: