17 September, 2008

KEJOHANAN DUNIA BAWAH 23 TAHUN DI VARESE ITALI




Two headed for Varese, thanks to Astaman
By : Arnaz M. Khairul

MALAYSIA will be represented in the Under-23 World Championships in Varese, Italy on Sept 23-28, thanks not to the National Sports Council (NSC) but to Datuk Astaman Abdul Aziz.
Questions still loom over where all the funding went, as the Malaysian National Cycling Federation's (MNCF) road committee had initially cancelled the trip despite the nation having qualified five riders for the first time.That was said to be due to a lack of funds and an NSC that was both slow in response and reluctant in approach.MNCF deputy president Datuk Naim Mohamad said yesterday that all arrangements had been made for Anuar Manan and Fauzan Ahmad Lutfi to ride in Varese, while the NSC's answer on three more slots, is awaited.It is unlikely that the NSC will respond positively to the application to send three other riders, who are likely to be Loh Sea Keong, Amir Mustafa Rusli and Akmal Amrun.
Akmal has another ray of hope, that is if the Selangor State Sports Council agree to foot his bill.As of yesterday, the only word about the NSC was that cycling liaison officer Noor Azman Kassim "was waiting to see" director general Datuk Zolkples Embong over the matter.After being informed of the plight, Jelajah Malaysia organiser Astaman, had swiftly agreed on Sunday, to bear the costs to send two riders to Varese."So, we immediately made arrangements to send the riders. "The first choices were Anuar, as he earned the most number of points to qualify the nation, then Fauzan, as he'd qualified for the time trial," said Naim.Malaysia had this year qualified as the second ranked nation in the Under-23 category based on UCI Asia Tour rankings behind Iran.
Kepada Pelapis PLBD Dungun: Rebutlah peluang yang terbuka luas,tingkatkan usaha anda
dan jangan malas untuk berlatih serta contohi abang anda Amir Mustafa dan Azizulhasni mereka telah mengharumkan nama Persatuan Lumba Basikal Daerah Dungun,Negeri Terengganu dan Negara Malaysia.

16 September, 2008

BUKTI KEUPAYAAN ATAU TERSINGKIR


Petikan daripada : Utusan Malaysia.
KUALA LUMPUR - Atlet remaja yang terpilih ke Cawangan Pelapis di Majlis Sukan Negara (MSN) mempunyai masa selama empat tahun untuk membuktikan keupayaan untuk dinaik taraf ke peringkat tertinggi atau disingkirkan daripada program itu.
Pengarah Cawangan Atlet Pelapis MSN, Jeffri Ngadirin berkata, atlet mempunyai dua peluang untuk dinaik taraf ke Cawangan Elit iaitu perlu sekurang-kurangnya menyamai catatan masa atau jarak bagi tempat ketiga di temasya Sukan SEA dalam tempoh empat tahun bernaung di bawah program pelapis.
"Selepas diberikan dua peluang, jika masih gagal mengatasi catatan tempat ketiga dalam sesuatu temasya Sukan SEA, mereka akan disingkirkan," katanya, semalam.
Jeffri berkata, setiap tahun, hampir 100 atlet yang berumur dari 13 hingga 18 tahun diserap ke Cawangan Atlet Pelapis untuk digilap menjadi bintang sukan yang akan mengharumkan nama negara.
Pengambilan atlet, katanya, bukan secara pukal tetapi bergantung kepada kekosongan kuota jenis sukan yang memerlukan pelapis baru.
Kebanyakan mereka dikenal pasti daripada pelbagai program pencarian bakat di negeri-negeri atau dicadangkan sendiri oleh persatuan sukan masing-masing, katanya.
Beliau berkata, setiap atlet Cawangan Pelapis menerima elaun bulanan RM300 manakala program Elit RM500 sebulan.
"Tetapi atlet daripada kedua-dua program tersebut menerima latihan daripada jurulatih yang sama, malah diberi peluang ke kejohanan yang sama.
"Cuma bagi pelapis, mereka perlu membuktikan keupayaan terlebih dahulu dengan sekurang-kurangnya menyamai catatan tempat ketiga di Sukan SEA," katanya.
Jeffri berkata, daripada sejumlah 250 atlet pelapis sekarang, hanya 20 peratus yang berpotensi dinaik taraf ke Cawangan Elit dan seterusnya mewakili negara ke temasya Sukan Olimpik
.

11 September, 2008

PELUMBA TREK MAMPU TAKLUK DUNIA: BEASLEY

Azizulhasni Awang

Oleh Azidan Nahar Berita Harian.

MALAYSIA mampu menjadi kuasa besar dalam sukan berbasikal trek jika memiliki jurulatih yang ramai dan atlit yang 'tidak malu' untuk menonjolkan diri sebagai antara yang terbaik di dunia.Ketua Jurulatih Trek Negara, John Beasley, berkata antara kelemahan utama yang dilihat sejak dia mengendalikan skuad kebangsaan selepas Sukan Asia Doha 2006 ialah sikap kurang yakin pelumba itu sendiri. "Masalah paling besar ialah rasa yakin pelumba itu sendiri, mereka tidak percaya diri sendiri," katanya selepas mengadakan kursus bersama jurulatih kebangsaan di Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil, semalam.
Beasley yang masih menantikan penyambungan kontrak bersama Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (MNCF) berkata, Malaysia juga perlukan jurulatih yang ramai bagi membimbing atlit muda. Katanya, jika ada lebih ramai jurulatih bertauliah, mereka mampu memberi bimbingan supaya atlit negara boleh menjadi kompetitif ketika bersaing dengan jaguh-jaguh dunia yang lain. "Memang ia tidak akan berlaku dengan cepat tetapi kunci utama ialah ada ramai jurulatih dan apabila ianya ada, kita akan sampai di sana. Ia sesuatu yang panjang dan perlukan struktur yang mantap.
"Sasaran saya sehingga 2010 ialah untuk menjadikan atlit negara ini antara yang terhebat. Kita perlu bekerja keras dan struktur latihan yang bagus, inilah jasa yang saya dapat tinggalkan," katanya. Kontrak Beasley bersama skuad negara tamat selepas Sukan Olimpik Beijing bulan lalu dan dia kini masih menantikan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja MNCF dan MSN sama ada akan memperbaharui kontraknya. Beasley berjaya membantu skuad berbasikal trek Olimpik negara terutama pelumba muda, Azizulhasni Awang menampilkan potensi tersendiri apabila menjadi pelumba tunggal Asia mara ke suku akhir acara pecut individu dan memiliki prospek untuk kilauan pingat di London 2012. Sementara itu, Pengarah Cawangan Pelapis MSN, Jefri Ngadirin menjelaskan, MSN sudah menyediakan pelbagai program untuk lahirkan pelapis bagi skuad kebangsaan. Oleh itu, katanya, 13 pusat latihan untuk atlit lebuh raya sudah ditubuhkan selain dua akademi untuk acara trek di Ipoh dan Pulau Pinang selain satu lagi sedang dalam perancangan di Dungun, Terengganu. "Setakat ini sudah ada ramai atlit pelapis yang sudah bersedia bagi menggantikan atlit senior. Tumpuan kita selepas ini ialah bagi mendapatkan pingat di peringkat antarabangsa," katanya sambil menjelaskan MSN dan MNCF bercadang menganjurkan tiga kejohanan peringkat tempatan tahun depan bagi acara trek.

07 September, 2008

SESI LATIHAN DI SETIAP MALAM RAMADHAN

En.Rozimi memberikan kata kata perangsang dan
nasihat sebelum latihan sesi malam diadakan.
Senaman sebelum sesi latihan.

Sesi latihan diadakan pada waktu malam selepas solat tarawikh.

Jangan main main.....!!! sila beri tumpuan.
Sesi senaman ringan selepas latihan.

Bergambar beramai ramai selepas sesi latihan pada waktu malam.
Semangat beginilah yang dialu alukan oleh PLBD Dungun.
P/S:- PLBD Dungun mengucapkan jutaan terima kasih kepada Majlis Perbandaran Dungun dan Polis Diraja Malaysia (Trafik Dungun) kerana memberi kerjasama ketika latihan diadakan serta kebenaran mengunakan Padang Merdeka Majlis Perbandaran Dungun.

06 September, 2008

TABIK....!!!!! SEKALUNG TAHNIAH UNTUK ANDA BERDUA.



EN.ROZIMI OMAR (JIMIE SUPERFLY) DAN MOHD ARIF SHUKRI AHMAD SABTI ADALAH MERUPAKAN ORANG YANG BERADA DISEBALIK TABIR PERSATUAN LUMBA BASIKAL DAERAH DUNGUN. MEREKA BERDUA BERUSAHA KERAS TANPA MENGIRA MASA DAN PENAT LELAH DEMI UNTUK MELAHIRKAN JAGUH JAGUH LUMBA BASIKAL DISUATU MASA NANTI.PLBD DUNGUN BERHARAP ANDA BERDUA TIDAK AKAN JEMU UNTUK MELATIH ANAK ANAK DUNGUN HINGGA SAMPAI KE PUNCAK KEJAYAAN.PLBD DUNGUN JUGA BERHARAP AGAR ANAK ANAK DUNGUN TIDAK MUDAH LUPA JASA DAN BAKTI YANG TELAH DITABURKAN OLEH MEREKA BERDUA DEMI UNTUK KEJAYAAN ANDA SEMUA.JANGAN LUPA DIRI BILA BEROLEH KEJAYAAN.

KRANKIN AT KENT RIDGE 2008 (MTB XC RACE SINGAPURA PADA 31 OGOS 2008)





Persatuan Lumba Basikal Daerah Dungun amat berbangga dengan kemenangan yang telah diraihkan di Kejohanan Krankin At Kent Ridge MTB XC Race 2008 yang telah dilangsungkan di Kota Singapura pada 31 Ogos 2008 tempoh hari. Walaupun kedua dua pelumba kita mendapat tempat kedua iaitu Azmanira dalam acara Women Open dan Mohd Zulhafiz dalam acara Men Under 18 tetapi kemenangan anda berdua akan menaikan lagi semangat pelumba pelumba yang lain di dalam PLBD Dungun.Persatuan Lumba Basikal Daerah Dungun dan seluruh warga mengucapkan tahniah dan syabas diatas kejayaan yang anda berdua raih dan Persatuan berharap semua warga PLBD Dungun akan berusaha dengan lebih gigih lagi. Selamat Berjaya.

04 September, 2008

THANK'S ORBEA........!!!!!!









PERSATUAN LUMBA BASIKAL DAERAH DUNGUN MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH TIDAK TERHINGGA KEPADA ORBEA KERANA SUDI MENAJA PELUMBA PELUMBA DARIPADA PERSATUAN KAMI.

02 September, 2008

TERIMA KASIH BIKE LABZ SINGAPURA



Jutaan terima kasih kepada Bike Labz http://www.bikelabz.com/ yang berpusat di Singapura kerana telah sudi membawa pelumba pelumba daripada Persatuan Lumba Basikal Daerah Dungun untuk menyertai Krankin At Kent Ridge 2008 Mountain Bike XC Race yang telah berlangsung pada 31 Ogos 2008 tempoh hari. Persatuan Lumba Basikal Daerah Dungun juga berharap agar pihak Bike Labz berpuas hati dengan dengan pelumba pelumba kami dan berharap agar dapat menyertai lagi acara acara yang bakal diadakan. Persatuan kami juga berpuas hati dengan layanan yang sangat baik daripada pihak pengurusan Bike Labz.