06 November, 2008

KEJOHANAN LUMBA BASIKAL TREK PIALA DUNIA DI MELBOURNE AUSTRALIA

PLBD Dungun berbangga dengan anda semua.Semoga akan berjaya
dan mengharumkan nama persatuan,negeri juga negara selamat berjuang
Written by Administrator
Nov 06, 2008 at 01:42 PM

PERSEKUTUAN Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) tidak menaruh harapan yang tinggi apabila menghantar pelumba menyertai sirkit kedua Kejohanan Lumba Basikal Trek Piala Dunia di Melbourne, Australia pada 20 hingga 22 November ini.
Sebaliknya mereka ingin menjadikan kejohanan itu sebagai medan menguji kemampuan pelumba-pelumba negara yang kembali mengikuti latihan selepas berehat panjang baru-baru ini.
Presiden PKBM, Abu Samah Wahab mengesahkan seramai 12 pelumba akan menyertai kejohanan ini.
Selain skuad Olimpik, Josiah Ng Onn Lam, Mohd. Azizulhasni Awang, Mohd. Rizal Tisin dan Muhamad Edrus Md Yunos, Junaidi Mohd. Nasir serta pelumba wanita, Fatehah Mustapa turut membuat penampilan pada kejohanan ini.
“Saya tidak harap sesuatu pencapaian yang terbaik kerana barisan pelumba negara baru sahaja menjalani latihan selepas berehat panjang baru-baru ini.
“Saya sudah berbincang bersama jurulatih (John Beasley) dan dia juga bersetuju untuk menjadikan kejohanan ini sebagai medan ujian untuk menilai tahap kemampuan pelumba.
“Tambahan pula Beasley tidak mempunyai skuad yang lengkap selepas Rizal dan Junaidi menangguhkan kepulangan mereka ke Melbourne,” kata Abu Samah.
Jika Junaidi menangguhkan latihannya atas alasan melangsungkan perkahwinan, Rizal pula bertekad untuk mencari pekerjaan tetap dengan menyertai Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Menurut Abu Samah, Junaidi akan pulang ke Melbourne pada 15 November ini diikuti Rizal beberapa hari selepas itu.
Manakala skuad endurance negara yang terdiri daripada enam pelumba iaitu Mohd. Jasmin Ruslan, Amir Mustafa Rusli, Mohd Akmal Amrun, Thum Weng Kin, Mohd. Fadli Anuar Mohd. Fauzi dan Mohd. Zamani Mustarudin selamat sampai ke Melbourne semalam.
“Skuad Olimpik akan memberi tumpuan pada acara kegemaran iaitu pecut individu, pecut berpasukan dan keirin manakala skuad endurance akan menyertai acara kejar mengejar berpasukan, kejar mengejar individu, perlumbaan mata dan Scratch.
“Manakala Fatehah akan menyertai tiga acara iaitu pecut individu, keirin dan 500 meter,” kata Abu Samah.
Pada masa yang sama, Abu Samah turut meluahkan kegembiraannya selepas skuad negara yang berpangkalan di Melbourne berjaya mendapatkan rumah yang lebih besar berbanding sebelum ini.
Keadaan ini memberi peluang kepada PKBM untuk menghantar lebih ramai pelumba berlatih selain mengurangkan kos penginapan sekiranya mereka menyertai sesuatu kejohanan di sana.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

wah.. saja hilite kat nama diye jew..
huhu..
incik beskal sayep mao ikot kamOo g melbourne.. lao kamOO ta bawak sayep sayep mao kangarOo 2 eko..huhu

East Coast Cycling Team berkata...

Saya tak pergi sana,mereka bertiga tu bekas anak anak buah Persatuan ini,jadi kami amat berbangga dengan kejayaan yang mereka kejapi sekarang ini.Harap Missjaja doakan kejayaan mereka...Sabtu ini mereka ada kejohanan di Perth (Grandprix) kalau jaja nak ikut boleh aje kita gi ke Velodrom Rakyat di Ipoh Perak pada 12-16/11/2008 kami ada disana.....Jumpa di Ipoh Perak.

Tyazizul berkata...

wow....nnti bley jumpe dtg ipoh...yeay!!kol me eh when arrived..abg jimie...nk tnye lgi pasal kucing...tya lu bg royal canin..pastu x mampu..mahal bebeno!tp bulu mmg slalu cabut la..cmne eh?ingatkan sbb royal canon..now bg sime diet..cmne ntah eje...abg jimie..kes yg branak songsang tu sebijik mcm cerite kucing tya....tu la name die london..die pun dah mati..maybe sbb gen adik bradik kot..sedey kan..

East Coast Cycling Team berkata...

Apa boleh buat mati tu dah ketentuan Allah...!!!Kita jaga dia dengan baik pun Allah dah beri pahala.Mungkin salah satu sebabnya sekarang ni dah tak kawinkan sesama adik beradiknya.Makanan ni banyak sangat jenama nya...tapi royal canin je..pernah beli wishkes kucing tak mahu makan pulak.Beli ajelah apa yang kucing nak makan.Beli kat klinik haiwan murah sikit kalau kat kedai memang mahal lah....memang kena pau kat cina je kita ni...!!!