24 November, 2008

Azizulhasni Terlepas Emas.


Written by Mingguan Malaysia

Nov 24, 2008 at 03:30 PM

KUALA LUMPUR - Pelumba negara, Azizulhasni Awang kempunan untuk meraih emas kedua pada perlumbaan basikal trek Piala Dunia di Melbourne, Australia semalam apabila penyertaannya dalam acara 200 meter pecut dibatalkan di peringkat suku akhir oleh komisar pertandingan. Semuanya gara-gara pelumba cilik kelahiran Terengganu itu dikatakan terkeluar daripada kawasan perlumbaan yang dihadkan ketika melakukan pecutan ke garisan penamat pada saringan ketiga menentang pelumba kelab Cofidis dari Perancis, François Pervis. Sebelum itu, Azizulhasni, 22, menang saringan pertama dengan catatan 11.037s sebelum tewas saringan kedua apabila Pervis mencatat masa 11.028s. Keputusan itu memaksa saringan ketiga diadakan bagi mencari pemenang tetapi segalanya berlangsung penuh dengan kontroversi. Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Abu Samah Wahab tidak menolak kemungkinan Azizulhasni tewas kerana strategi kotor lawannya itu. "Saya mendapat laporan terus daripada jurulatih John Beasley bahawa pelumba Perancis tersebut bukan berlumba tetapi lebih sibuk mengasak dan menghalang Azizulhasni. "Tujuannya untuk mendorong pelumba muda kita itu melakukan kesilapan dan dia akhirnya berjaya apabila Azizulhasni terkeluar daripada garisan yang dihadkan. "Walaupun ini tidak adil kepada Azizulhasni, Beasley tidak bercadang untuk membuat bantahan. "Sebaliknya Beasley menganggap, ia satu pengajaran dan pengalaman berguna buat Azizulhasni untuk menjadi pelumba trek terbaik dunia di masa akan datang," kata Abu Samah, semalam. Menurut beliau, memang wujud pelumba Asia disekat daripada menyinar di peringkat dunia dengan menggunakan cara-cara teknikal seperti ini. "Apa pun saya cukup puas hati dengan prestasi yang ditunjukkan Azizulhasni ketika ini. Walaupun kecewa dengan apa yang berlaku, dia sudah pun berjaya muncul juara keirin di sana," tegasnya. Ketiadaan Azizulhasni menyaksikan rakan sepasukannya, Josiah Ng hanya mampu menduduki tempat kelima selepas tewas di suku akhir kepada Jason Niblett dari Australia. Sementara itu, pelumba wanita tunggal negara, Fatehah Mustapha terkandas di pusingan kedua acara keirin apabila menduduki tempat keempat pada saringan pertama. Hanya tiga pelumba terbaik daripada saringan pertama dan kedua layak ke perlumbaan akhir. Acara 500 meter ujian masa, Fatehah menduduki tempat kelapan.

14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

wooo . xsangka plak MY makin bersinar dalam sukan basikal ni . . .

Ruginya dibatalkan . . . tapi tu la once you break the rules ... abesla..

gambar tu siap bley willyyyy lagi tuh ....

power tul pikappp...

East Coast Cycling Team berkata...

Itulah zif apa apa sukan pun keputusan pengadil adalah mutamat.

Kami di Persatuan ini cuba sedaya upaya untuk menjadikan sukan berbasikal dapat menjadi satu sukan yang dikenali ramai terutama sekali mengelak remaja remaja kita ketika terjebat dengan gejala yang tidak sihat.

Basikal mereka tu tak ada brek. Wheelie tu dah jadi trade mark Azizul dari budak2 lagi suka sangat buat wheelie nie...!!!

Tyazizul berkata...

oh ye ke??suke buat wheelieee..so kiut...basikal ok la..kalau buat ngan moto..nk kene lempang...tp so sad kan..kalu dok..dah menang 2 emas dah..buleh kawin..ahaha

Tanpa Nama berkata...

saya suka semangat korang,go go,do it.Saya sentiasa mendoakan kejayaan korang.Go Malysia Go

Tanpa Nama berkata...

teruskan usaha anda semua.. kami sebagai rakyat malaysia amat meyokong anda 100%..

incik beskal bile agy ..hihi

East Coast Cycling Team berkata...

Yelah Tya pingat emas keirin tu boleh buat hantaran.....he.he.he....!!!

East Coast Cycling Team berkata...

AfeaZD terima kasih diatas kata kata perangsang dan doa iklas dari anda moga Allah sentiasa memberkati anda.

East Coast Cycling Team berkata...

missjaja terima kasih dengan sokongan 100% dari anda.
Masih terlalu awal bagi kami untuk mencapai tahap kegemilangan seperti mereka tapi berkat usaha dan kegigihan tanpa jemu insyaallah dengan keizinan nya mungkin akan membuahkan hasil seperti yang diharapkan.

Sokong rakyat Malaysia diperlukan untuk memajukan lagi Sukan Berbasikal Negara.

Tanpa Nama berkata...

Orang ganu kee budok nih?Aku nok sokong jugok lah. Hidup ganu kite>>!




SbrgTakir.

East Coast Cycling Team berkata...

Yooolah bohhhh!!! Ganu kite lah tu..!!!!!....Sokong Sokmo lah boh.

Tanpa Nama berkata...

mujuq terengganu tu kat mesia...

wakakaka . . .

da ada penang..tak sempat nak gi tgk kat cheras dis week ...

East Coast Cycling Team berkata...

Tak apa tak pergi pun yang penting sokongan moral....!!!!

Tanpa Nama berkata...

Malaysia Boleh !!!

Hempphh ... rupa2nya yang dok handle n reply kat blog ni merupakan seorang COACH....

tahniah Coach

East Coast Cycling Team berkata...

Pembetulan tu Razif saya bukan Coach dalam team ni tapi sekadar memberi sokongan dan galakan untuk anak anak remaja.Takut nanti anak anak remaja kita akan tersesat dalam gejala yang merugikan diri,keluarga dan negara.

Inilah sumbangan saya yang tak seberapa ini.....!!!!!!!!!!!!!!!