04 Februari, 2009

Latihan Akhir Sebelum Ke Putra Jaya.




Persatuan Berbasikal Dungun (PBD) akan berlepas ke Putra Jaya pada 5/2/2009 untuk menyertai Kejohanan Lumba Basikal Remaja Sportexcel, Majlis Sukan Negara, MILO, Persatuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia, Persatuan Berbasikal Putra Jaya dan Jemputan Asean yang akan berlangsung pada 6 hingga 8 Februari 2009 bertempat di Putra Jaya.

Kejohanan ini juga diadakan sempena dengan Peringkat Pertama Kejohanan Lumba Basikal Le Tour De Langkawi yang akan berlangsung pada 9 Februari 2009.

Hari Pertama:- ( Jumaat 6.2.2009 )
Pendaftaran Peserta.

Hari Kedua:- (Sabtu 7.2.2009 )
7.45 Pagi - 11.30 Pagi - Acara 20 km ujian masa perseorangan lelaki/wanita 17&18 tahun.
- Acara 20 km ujian masa perseorangan lelaki/wanita bawah 16 tahun.
2.15 Ptg - 6.00 Ptg - Acara 20 km Criterium lelaki/wanita bawah 16 tahun.
- Acara 20 km Criterium wanita 17&18 tahun.
- Acara 32 km Criterium lelaki 17&18 tahun

Hari Ketiga:- ( Ahad 8.2.2009 )
9.00 pagi -11.30 pagi - Acara 87.6 km lepas beramai-ramai lelaki 17&18 tahun
- Acara 51 km lepas beramai-ramai lelaki bawah 16 tahun
- Acara 51 km lepas beramai-ramai wanita bawah 18 tahun
- Acara 51 km lepas beramai-ramai wanita bawah 16 tahun

Pada 9.2.2009 adalah merupakan pelepasan pertama Le Tour De Langkawi dari Putra Jaya ke Senawan akan dilangsungkan.Mari kita pakat meriahkan Sukan Berbasikal.

4 ulasan:

GC berkata...

Good luck bro.

Tanpa Nama berkata...

coach,

Assalamualaikum, sorry lama tak singgah. Jarang ngadap internet2 lama2 dah sekarang.

Good luck atas kayuhan anak buah anda.

ada kat putrajaya lak tuh ... bila mau lawan kat penang?

btw, itu azizul mmg membanggakan ...

East Coast Cycling Team berkata...

> GregChai...terima kasih Bro.

East Coast Cycling Team berkata...

> RazifEmbi >> W/salam Bro...!!!!

Terima Kasih diatas ucapan tu..!!!

20-22 hb Feb kami akan ke Velodrom Ipoh Perak untuk kejohanan Sportexcel dalam acara Trek pulak.

Azizul merupakan idola bagi anak anak Persatuan berbasikal Dungun.