10 Februari, 2009

Sekitar Kejohanan Lumba Basikal Remaja Sportexcel / MSN / Milo / PKBM / PBPJ / Jemputan Asia dan Putrajaya Cyclefest 2009

Gambar kenangan pelumba pelumba Persatuan
Berbasikal Dungun sebelum acara dimulakan

Perjalanan dari tempat penginapan ke
Putra Jaya untuk ketempat Kejohanan

Sebahagian daripada basikal yang
akan digunakan dalam kejohanan.

Persiapan diawal pagi menyiapkan dan
pemeriksaan akhir sebelum pertarungan bermula.

Sekitar persiapan awal sebelum pertandingan bermula.

Para pelumba mengalas perut sebelum acara sebenar yang akan bermula.

Acara ujian masa perseorangan untuk lelaki bawah 16 tahun.

Acara ujian masa perseorangan untuk lelaki 17 & 18 tahun.

Pengurus Pasukan En. Ramli berjersy merah menyertai
acara MTB lelaki 45 tahun keatas ( Senior Veteran ).

Acara Kreterium 48 km bersiap sedia untuk dilepaskan.

Acara Kreterium lelaki 17 & 18 tahun
bermula untuk sebanyak 15 pusingan x 3.2 km.

Acara kemuncak Putrajaya Night Challenge 2009
( Racing ) bersiap sedia untuk dilepaskan.

Perserta akan mengayuh sejauh 80 km mengelilingi sekitar Putrajaya.


Dua peserta dari Persatuan Berbasikal Dungun Suhaimi dan Mohd Fahmi Irfan turut serta dalam acara Putrajaya Night Challenge(Putrajaya Cyclefest 2009).

Pelumba pelumba sedang melintasi
Pejabat Istana Kehakiman Putrajaya.

Kejohanan Lumba Basikal Remaja anjuran Sportexcel/MSN/Milo/PKBM/PBPJ dan peserta jemputan Asia dari Thailand dan Indonesia turut menyertai acara ini yang bermula pada 6-8 Februari 2009 di Putrajaya. Acara diteruskan lagi dengan Putrajaya Cyclefest 2009 dan berakhir dengan pelepasan peringkat pertama Le Tour De Langkawi pada pagi 9 Februari 2009 dari Putrajaya ke Senawan. Kami dari Persatuan Berbasikal Dungun mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur diatas layanan yang baik dan mesra.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sekalong tahniah untuk semua anak anak muda Dungun...!!! Jauhi dadah dan gejala maksiat yang berleluasan sekarang...teruskan aktiviti yang sihat ini....saya menyokong.


HambaAllah.

razifembi berkata...

Fullemak coach ... gempak and besar jugak event nihhh ....

kalau ada kat umah mertua bley join layan lumba beskal nih .....

coach ... awat jadi aritu .... rider wat hal ker ... aduihhh ..relax relax ...

takkan dah nak undur diri dah ... hehehe ...

sorry la lambat reply..harap coach faham ... skrg ni masa blogging da kurang ...