19 Ogos, 2008

KEJOHANAN LUMBA BASIKAL REMAJA (JALANRAYA-SIRKIT 3/2008) SPORTEXCEL/MSN/MILO/PKBM/PBNPs PADA 15-17 OGOS 2008 DI KANGAR PERLIS.

Fadli Ikram Bin Harizan (Man) 16 tahun menyerlah pada sirkit 3/2008 di Kangar Perlis setelah mengumpul 4 mata dalam acara Cretarium dan menduduki tempat ke 5 daripada seramai 59 pelumba yang bertanding. Walau bagaimana pun dalam acara Ujian Masa 18.4 km Fadli cuma mencatat masa 28:06:41 berbanding dengan pelumba yang menduduki tempat pertama 26:25:39 kerana masallah tersesat jalan. Persatuan Lumba Basikal Daerah Dungun mengucapkan syabas dan tahniah kepada Fadli dan berharap akan berlatih bersungguh sungguh lagi serta berusaha untuk memperolehi kejayaan dimasa akan datang. PLBD Dungun mengharapkan Fadli bakal mengikuti jejak Azizulhasni Awang disuatu hari nanti.

Pelumba pelumba berehat sambil memberi sokongan moral kepada pelumba pelumba PLBD Dungun yang sedang bertarung di Kejohanan Lumba Basikal Remaja Sirkit 3/2008 di Kangar Perlis Indera Kayangan.



4 ulasan:

Unknown berkata...

Tahniah kepada anak-anak Dungun.

Tanpa Nama berkata...

MAN.. ANAK POK NGARRRRR KE TU.. ORANG LAIN MACAM MENE?

Tanpa Nama berkata...

AKU KENAL ANAK POK NGAR TU...!!! MUDAHAN DIA AKAN JADI STAR MACAM AZIZUL SATU HARI NANTI...!! (ORANG LAMA LAMA)

East Coast Cycling Team berkata...

Terima kasih En.Ramli dan Tanpa Nama kerana memberi komen yang boleh menaikan semangat anak anak kita dalam bidang sukan.Semoga mereka maju jaya dan tidak malas dalam menjalani latihan.