31 Ogos, 2008
KRANKIN"@KENT RIDGE 2008 Mountain Bike XC Race
29 Ogos, 2008
SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN DAN ULANG TAHUN KEMERDEKAAN NEGARA KE 51.
27 Ogos, 2008
TAKZIAH DARIPADA PLBD DUNGUN
20 Ogos, 2008
AZIZULHASNI AWANG KEBANGGAAN PERSATUAN LUMBA BASIKAL DAERAH DUNGUN. GO JIJOE GO (GATEH WEEI!!)
Walaupun mendapat tempat ke 8 dalam acara pecut lelaki Azizul adalah sebagai juara dihati sanubari Persatuan Lumba Basikal Dearah Dungun.Kami amat terharu dan berbangga dengan kesungguhan yang anda tunjukkan semasa menghadapi pesaing pesaing yang sangat hebat dan anda sebenarnya lebih hebat daripada mereka.Kami berharap anda tidak akan cepat berputus asa kerana jalan yang anda tuju sudah hampir mencapai matlamatnya cuma waktu yang bakal menentukannya.Kami juga berharap agar anda dapat menurunkan sedikit tunjuk ajar kepada adik adik anda di PLBD Dungun supaya dapat mengikuti jejak langkah anda.Akhir kalam dari Persatuan Lumba Basikal Daerah Dungun mendoakan anda beroleh kesejahteraan, keselamatan, kekuatan, kesihatan dan kemuliaan dari Allah S.W.T serta dijauhi Nya dari segala malapetaka yang tidak kita ingini.......Amin. Semoga Maju Jaya..!!!!! ANDA MEMANG BOLEH........!!!!!!!
19 Ogos, 2008
KEJOHANAN LUMBA BASIKAL REMAJA (JALANRAYA-SIRKIT 3/2008) SPORTEXCEL/MSN/MILO/PKBM/PBNPs PADA 15-17 OGOS 2008 DI KANGAR PERLIS.
Pelumba pelumba berehat sambil memberi sokongan moral kepada pelumba pelumba PLBD Dungun yang sedang bertarung di Kejohanan Lumba Basikal Remaja Sirkit 3/2008 di Kangar Perlis Indera Kayangan.
12 Ogos, 2008
SEMANGAT YANG MEMBARA SEMASA SESI LATIHAN DISEBELAH PETANG
Seramai 13 pelumba skuad pelapis Persatuan Lumba Basikal Daerah Dungun bergambar beramai ramai di hadapan Hotel UiTM Dungun selepas sesi latihan petang dalam persiapan untuk menyertai Kejohanan Lumba Basikal anjuran Sport Excel yang akan diadakan di Kangar Perlis pada 15-17 hb Ogos 2008 nanti.
Walau pun Persatuan masih lagi dalam serba kekurangan tetapi setiap pelumba pelumba begitu bersemangat dan akan berjuang berhabis habisan untuk memenangi setiap acara yang bakal ditandingi. Harapan Persatuan agar pelumba pelumba semua dapat meletakkan diri setandingan dengan mereka mereka yang telah berjaya seperti Azizul, Amir Mustafa dan lain lain pelumba jadikan mereka sebagai idola anda, malah bakal meletakkan diri anda setanding dengan nama nama besar pelumba basikal di Terengganu, Malaysia, malah peringkat Asia dan Dunia.
Persatuan berdoa agar anda semua berjaya dalan bidang sukan yang anda minati dan dapat melakukan sesuatu kejutan yang mana boleh membanggakan ibubapa anda, jurulatih anda, negeri anda, negara anda dan akan lebih membanggakan Persatuan Lumba Basikal Daerah Dungun. Persatuan mengharapkan agar kejohanan kali ini akan menjadi batu lonjatan untuk meraih kejayaan yang lebih baik dan akan menempatkan anda untuk menjadi seorang yang lebih terkenal dan di segani oleh pihak kawan ataupun lawan
" BERJUANG DENGAN SEMANGAT YANG MEMBARA"
11 Ogos, 2008
detuagateh.blogspot.com ( orang orang lama kita neh) hormat sikit...Tabik Bosss...!!!!!
09 Ogos, 2008
BEIJING 08.08.08 KINI BERMULA SYABAS DAN TAHNIAH DARI PLBD DUNGUN
(Syabas dan tahniah anak Dungun)
07 Ogos, 2008
MENGIMBAU KENANGAN PLBD DUNGUN
SEBUTIR PINGAT DARI BASIKAL ?
JOSIAH DAN AZIZUL akan mengalas cabaran dalam acara keirin
Daripada empat pelumba yang berjaya melayakkan diri, peluang Azizulhasni Awang lebih besar berbanding tiga lagi sepasukan iaitu Josiah Ng, Mohd. Rizal Tisin dan Muhammad. Edrus Md. Yunus,
Ketika ini Azizulhasni, 20, berada pada kedudukan terbaik terutamanya selepas bergelar juara Asia disamping mencatat rekod baru kebangsaan dan Asia pada kejohanan dunia di Manchester.
Selain beraksi dalam acara pecut individu, pelumba berusia 20 tahun kelahiran Terengganu ini juga diberi tugas untuk menggalas cabaran dalam acara pecut berpasukan dan keirin.
Ini adalah satu penghormatan yang besar buat Azizulhasni kerana jika pengalaman dijadikan ukuran, Josiah Ng, 28, lebih layak untuk memikul tugas itu.
Namun bagi Josiah Ng, penampilan di Beijing cukup bermakna selepas berjaya ke peringkat akhir dalam acara keirin pada temasya di Athens empat tahun lalu.
Manakala bagi Rizal, 24, dan Edrus, 19, yang beraksi dalam acara pecut berpasukan, penampilan pertama pada temasya sukan terbesar di dunia ini tidak akan dipersia-siakan.
Jurulatih trek negara, John Beasley berkata, hasil pemerhatian sepanjang lebih sebulan berlatih di Valencia, Sepanyol dan Jerman baru-baru ini, Azizulhasni menduduki tempat teratas dari segi kayuhan dan kepantasan berbanding tiga pencabarnya itu.
AZIZULHASNI antara pelumba yang bakal mencipta kejutan.
Malah Pengurus Pasukan ke Olimpik, Abu Samah Wahab mengakui Azizulhasni memiliki peluang lebih cerah untuk menang pingat meskipun masih cetek dari segi pengalaman.
“Kita telah menilai bahawa Azizulhasni berada pada tahap paling baik ketika ini untuk menang pingat menerusi acara keirin dan pecut individu.
“Tetapi secara keseluruhan, keempat-empat pelumba kita sudah mencapai standard dunia dan hanya dipisahkan beberapa saat sahaja berbanding jaguh-jaguh trek dunia yang ada ketika ini,”
Lantaran itu, Abu Samah berkata, menjadi harapan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) agar Azizulhasni mendapat sokongan kuat daripada tiga rakan sepasukannya untuk merealisasikan impian itu.
Malah Josiah Ng yang dianggap lebih berpengalaman dalam pasukan itu tidak dapat untuk menandingi keupayaan Azizulhasni.
“Dengan prestasi yang sedang memuncak, Azizulhasni sudah tidak sabar-sabar untuk turun beraksi.
“Dia juga pernah beritahu saya bahawa dia sudah cukup bersedia untuk berlumba di Beijing. Kita harap dia mampu melakukannya,” kata presiden PKBM itu.
Berdasarkan rekod, bekas jaguh trek negara, Rosman Alwi pernah beraksi pada temasya Sukan Olimpik di Los Angeles pada tahun 1984 dan Seoul 1988.
Manakala M. Kumaresan turut beraksi di Seoul 1988 bersama Rosman dan Barcelona pada tahun 1992.
Malangnya sukan lumba basikal masih belum mampu menyumbang pingat meskipun mempertaruhkan lapan pelumba, Andrew Michael, Choy Mow Thin, Supaat Hamid, Salam Kamsari, Ng Joo Pong, Zain Safaruddin, Stephen Lim Tian San dan Tuow Choon Boon pada penampilan pertama di Tokyo pada tahun 1964.
PELUMBA BASIKAL AS MINTA MAAF
BEIJING - Salah seorang pelumba basikal Amerika Syarikat yang tiba bersama rakan-rakannya di Beijing dengan menggunakan topeng muka meminta maaf terhadap rakyat China kerana tidak menyedari ia menghina rakyat negara itu.
Pelumba trek, Bobby Lea berkata para pelumba telah menghantar surat ke Penganjur Sukan Beijing (BOCOG) untuk memastikan penggunaan topeng muka yang itu tidak bermaksud sebagai satu protes ataupun kenyataan negatif.
"Kita tidak sedar impak yang terhasil daripada penggunaan topeng muka itu. Dari sudut pandangan kami, ia hanyalah untuk menjaga kesihatan dan mengelakkan perkara buruk daripada berlaku. Namun secara realiti, ia dikatakan sebagai perbuatan yang menyakiti hati orang lain.
"Kita juga tidak bermaksud untuk hina BOCOG ataupun rakyat China," katanya.
Lea dan tiga lagi pelumba Sarah Hammer, Jennie Reed dan Michael Friedman, menggunakan topeng muka hitam yang menutupi hidung dan mulut selepas keluar dari kapal terbang.
- Reuters
P/S : SEBAGAI PERINGATAN KITA SEMUA JANGAN SESEKALI CUBA MENGHINA ATAU MENYAKITI ORANG LAIN WALAUPUN SEKADAR BERGURAU..........!!!!!!!!!!
06 Ogos, 2008
BERITA BERNAMA
KUALA LUMPUR - Seorang pakar Sains Sukan mendakwa program untuk melahirkan atlet cemerlang di negara ini semakin malap kerana percanggahan fungsi antara Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN).
Pengerusi Lembaga Kejurulatihan Kebangsaan, Sheikh Kamaruddin Sheikh Ahmad berkata, 90 peratus daripada tugas mengenal pasti keupayaan atlet sebenarnya adalah tanggungjawab ISN dan bukannya MSN.
"Tetapi menurut amalan sekarang, fungsi tersebut diambil alih oleh MSN dan ISN hanya pelengkap atau tempelan kepada program pembangunan atlet. Ini salah satu sebab atlet Malaysia semakin ketinggalan dalam pembangunan sains sukan," katanya, semalam.
Beliau berkata, persatuan sukan tempatan sepatutnya berhubung dengan ISN terlebih dahulu bagi membolehkan institut tersebut melakukan kajian terhadap potensi atlet seperti kebolehan fizikal, mental, psikologi, bio-mekanik dan perubatan sukan.
Selepas itu, katanya, barulah atlet diserahkan kepada MSN untuk digilap kerana MSN sepatutnya berperanan sebagai pengurus atlet dalam menyediakan program latihan berterusan.
"Tetapi kini, persatuan terus berhubung dengan MSN dan meminggirkan ISN.
"Nama ISN hanya timbul bila dijadikan tempat rujukan bila berlaku kecederaan ataupun bila mahu melakukan ujian doping," katanya.
Sheikh Kamaruddin mendakwa amalan tersebut berlaku kerana ISN tidak diberikan geran kewangan yang banyak sementara MSN pula bertindak sebagai 'pay master' atau majikan yang menentukan pemberian geran tahunan kepada persatuan sukan.
Kerana itulah, katanya, atlet Malaysia tidak begitu cemerlang kerana tidak mendapat bantuan sepenuhnya daripada kemudahan sains sukan dan cuma bergantung kepada kemahiran dalam sesuatu acara sukan.
"Malaysia sebenarnya mempunyai kelengkapan sains sukan yang mencukupi untuk melahirkan atlet cemerlang tetapi tidak digunakan sepenuhnya, sama ada tiada tenaga pakar atau jurulatih tidak tahu bagaimana untuk menggunakan kepakaran di ISN untuk membantu atlet," katanya.
Sheikh Kamaruddin berkata, tindakan Kementerian Belia dan Sukan memindahkan Lembaga Kejurulatihan Kebangsaan yang sebelum ini di bawah pentadbiran ISN ke MSN memburukkan lagi keadaan ketika pelbagai usaha dibuat untuk menaikkan tahap kecemerlangan sukan di negara ini.
Beliau berkata, bidang kejurulatihan berkait rapat dengan sains sukan dan langkah memindahkan lembaga tersebut ke MSN merupakan satu langkah ke belakang dalam memajukan sains sukan.
MTB ASIA 100KM SINGAPORE
Ishamir dan Mohd Syukri sewaktu menerima hadiah kemenangan MTB Peringkat Asia yang dilangsungkan di Singapura tempoh hari. Kedua dua pelumba mendapat tempat pertama dan merupakan ahli Persatuan Lumba Basikal Daerah Dungun. Tahniah dan syabas diucapkankan untuk anda berdua dari PLBD Dungun semoga maju jaya...........................!