22 Oktober, 2008

TERENGGANU CADANG BINA VELODROM RM 40 JUTA

Azizulhasni sedang beraksi dalam salah satu acara di Velodrom.

KUALA TERENGGANU - Kerajaan Terengganu akan membina sebuah velodrom bertaraf antarabangsa berharga RM40 juta tidak lama lagi dalam usaha meningkatkan sukan lumba basikal di negara ini.
Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri, Datuk Abdul Rahin Mohd Said berkata pembinaan velodrom itu adalah yang ketiga di negara ini selepas velodrom di Ipoh, Perak dan Bukit Jalil, Kuala Lumpur. “Pembinaan velodrom ini juga akan dapat membantu dalam menyediakan kemudahan kepada sekolah sukan yang akan dibina di Terengganu tidak lama lagi,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis Aidilfitri dan penyampaian cek bantuan pentadbiran kepada persatuan sukan di Kompleks Sukan Negeri di Gong Badak di sini semalam. Sementara itu, katanya Kementerian Belia dan Sukan juga sudah bersetuju untuk membina sebuah velodrom berharga kira-kira RM500,000 di Dungun.

Sumber : Sinar Harian
P/S : PLBD Dungun ucapkan jutaan terima kasih kepada KBS

3 ulasan:

Tya ilyana berkata...

hopefully the architect will design wisely and think about the consequences now+future...all the materials suit with the environment..so that it creates a marvel landmark to everyone instead of making an "abandon" building like ipoh velodrome..so pity!

Splitzbz berkata...

Wow.. mahal gak erk kos nak buat velodrom tu..

PLBD DUNGUN berkata...

Yerlah kan tya sepatutnya mereka buat yang terbaik dan jangan lebih kurang aje. Kos untuk baik pulih velodrome Ipoh amat mahal sekali..!

Hai splitzbz..mahal juga lah tetapi untuk kembangkan suka berbasikal terutama Acara velodrom
dinegara ini.Terima kasih diatas kesudian mengunjungi blok kami yang tak seberapa ini.