31 Oktober, 2008

Beasley mahu bina legasi di Malaysia




Written by Administrator
Oct 30, 2008 at 02:10 PM

KUALA LUMPUR - Pengarah kejurulatihan berbasikal negara, John Beasley mahu meninggalkan legasi yang tidak akan dilupakan rakyat Malaysia apabila memegang jawatan itu untuk tempoh empat tahun akan datang.
Selain itu sebaik menjawat jawatan itu secara rasmi mulai 1 November ini nanti, tumpuan utamanya ialah untuk memberi lebih penekanan
kepada sains sukan dalam setiap program latihan yang diaturnya.
Itu antara yang menarik perhatian Majlis Sukan Negara (MSN) dalam pertemuan dengan beliau di Bukit Jalil, semalam.
Pengarah Cawangan Elit MSN, Ariffin Ghani berkata, pihaknya berpuas hati dengan pendekatan saintifik yang akan digunakan Beasley dalam program latihannya.
"Apa yang dapat saya katakan, program latihannya cukup komprehensif (menyeluruh). Bukan sahaja untuk melahirkan pelumba yang baik juga jurulatih tempatan yang baik.
"Ini yang menyebabkan kita begitu tertarik dengan John. Malah keazamannya hendak meninggalkan legasi di Malaysia sesuatu yang cukup MSN hormati dan hargai," kata Ariffin.
Sehubungan itu, Beasley akan diberi kuasa memantau keseluruhan program pembangunan berbasikal di negara ini.
Mengenai program untuk lebuh raya, Ariffin berkata, Beasley akan mengadakan perbincangan dengan jurulatih tempatan, Jamaluddin Omar bagi memperincikan lagi program latihan yang mahu dilaksanakannya.
Manakala program untuk trek, beliau akan bertanggungjawab sepenuhnya dengan fokus awal adalah kepada melahirkan pelumba pecut yang boleh menyumbang pingat pada Sukan Asia dan Sukan Komanwel 2010.
"John juga gembira dengan gaji yang ditawarkan MSN dan kita akan adakah majlis menandatangani kontrak tidak lama lagi," jelas Ariffin.


Sumber :- MNCF

28 Oktober, 2008

MONSOON IS COMING NOW....!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Musim tengkujuh kini dah mula melanda Pantai Timur Semenanjung terutama di Daerah ini.
Tiap tiap petang hujaaaaan.............hmmmmmmm.Teringat lagu (Hujan - Sudirman)

24 Oktober, 2008

SEKITAR LATIHAN MENGUNAKAN BASIKAL TRACK

Salah satu daripada basikal track jenama Jimie Superfly ...!!

Dua pelumba bersiap sedia untuk berlatih

Tunjuk kemampuan dalan ujian masa 1 Km

Jimie Superfly dan Ariff beri taklimat semasa latihan

Baik pulih dan pemeriksaan keatas basikal sebelum latihan

Dah ada amaran bahaya letak juga basikal kat situ....degil budak budak nih.!!






22 Oktober, 2008

TERENGGANU CADANG BINA VELODROM RM 40 JUTA

Azizulhasni sedang beraksi dalam salah satu acara di Velodrom.

KUALA TERENGGANU - Kerajaan Terengganu akan membina sebuah velodrom bertaraf antarabangsa berharga RM40 juta tidak lama lagi dalam usaha meningkatkan sukan lumba basikal di negara ini.
Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri, Datuk Abdul Rahin Mohd Said berkata pembinaan velodrom itu adalah yang ketiga di negara ini selepas velodrom di Ipoh, Perak dan Bukit Jalil, Kuala Lumpur. “Pembinaan velodrom ini juga akan dapat membantu dalam menyediakan kemudahan kepada sekolah sukan yang akan dibina di Terengganu tidak lama lagi,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis Aidilfitri dan penyampaian cek bantuan pentadbiran kepada persatuan sukan di Kompleks Sukan Negeri di Gong Badak di sini semalam. Sementara itu, katanya Kementerian Belia dan Sukan juga sudah bersetuju untuk membina sebuah velodrom berharga kira-kira RM500,000 di Dungun.

Sumber : Sinar Harian
P/S : PLBD Dungun ucapkan jutaan terima kasih kepada KBS

MASKULIN NOVEMBER 2008

Keluar doh...!!!!! Pakat gi beli belako....!!!!

19 Oktober, 2008

AMIR MUSTAFA RUSLI

Makanlah...!!!Apa menung menung tu..hari raya dirumah Azizul di Dungun.

Penat ke.....? Kenangan LTdl 2008 .

Bersedia...!!! Sukan Asia 2006.

Persatuan Berbasikal Dungun (DCTeam) amat berbangga dengan anda dan sentiasa mengharapkan anda beroleh kejayaan yang cemerlang dalam setiap pertandingan yang bakal disertai dan kami disini berdoa agar Allah S.W.T sentiasa memberi keberkatan serta kesihatan yang berpanjangan untuk anda. Jaga diri jaga peribadi kami disini mendoakan. Amin...!!!!
"SEMOGA MAJU JAYA"

12 Oktober, 2008

KAYUHAN PAGI SABTU SELEPAS RAYA



Latihan pagi sabtu selepas Hari Raya sebagai pemanas badan dan membuang segala lemak lemak malas dan segala lemak lemak ketupat rendang yang sewaktu dengan nya. Perjalanan dari Dungun ke Ajil Hulu Terengganu (pergi/balik) lebih kurang 150 km. Semua pelumba mengeluh kepenatan kerana cuti panjang hari raya dan latihan ini di iringi oleh Rozimi dan Ariff Shukri.



10 Oktober, 2008

KENANGAN DENGAN HIROKO DAN BENGKEL BASIKAL DI RUMAH.

Jimie dan Ishii Hiroko (Pelumba Basikal Jepun)
Pemeriksaan dan penyelenggaraan keatas basikal sebelum latihan dijalankan.
Basikal basikal ini perlukan kos yang tinggi untuk pembaikan.


04 Oktober, 2008

SUASANA RAYA DI RUMAH AZIZULHASNI






















01 Oktober, 2008

SALAM LEBARAN


Jika DOA mu dimakbulkan,,,itu TANDA Allah menyayangi mu,,,
Jika lambat,,,itu TANDA Allah menguji mu,,,Dan jika tidak dimakbulkan,,,,
itu TANDA Allah merancang sesuatu yang terbaik untuk mu...!
.........SALAM AIDIL FITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN.......
DARIPADA SEMUA WARGA PLBD DUNGUN