08 Februari, 2010

Shabery hargai usaha Terengganu bina velodrom


Ahmad Shabery Cheek menggelecek bola pada perasmian Gelanggang Rakyat Rinching Hulu di Semenyih, semalam.


HULU LANGAT - Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek menyambut baik hasrat Kerajaan Negeri Terengganu merealisasikan pembinaan velodrom di Dungun sebagai menghargai jasa pelumba basikal negara, Azizulhasni Awang.

Beliau berkata, pihaknya menyerahkan kepada kerajaan negeri untuk memilih kawasan yang sesuai dan pembinaaan velodrom itu kelak akan turut dilengkapkan dengan kemudahan sukan lain seperti gelanggang pelbagai guna.

''Saya gembira mereka dapat kenal pasti tempat yang lain dan kalau boleh di Dungun. Bagaimanapun, saya tidak dimaklumkan lagi dan saya serahkan kepada pihak berkuasa di sana,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Gelanggang Rakyat dan Karnival Belia dan Sukan Parlimen Hulu Langat di sini, semalam.

Kelmarin, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri Terengganu, Datuk Abdul Rahin Mohd. Said berkata, pembinaan velodrom itu kekal di Dungun kerana kerajaan kini mempunyai tapak alternatif iaitu tanah seluas lapan hektar di Kampung Che Lijah.

Sebelum ini, cadangan kerajaan untuk membina velodrom di kawasan lapang di Sura, Dungun mendapat bantahan penduduk setempat kerana menganggap ia akan mengambil tanah dan mengganggu tempat anak muda beriadah.

Cadangan membina velodrom di Dungun itu diumum Shabery tahun lepas sebagai menghargai jasa Azizulhasni yang mengharumkan nama negara di peringkat dunia dalam sukan lumba basikal.

Menurut Shabery, pihaknya memilih untuk membina velodrom di Dungun adalah sebagai menghargai penduduk di daerah itu yang melahirkan jaguh basikal negara sehebat Azizulhasni.

''Kalau boleh kita hendak melahirkan lebih ramai jaguh yang hebat seperti Azizul dan di Dungun sahaja sudah terdapat beberapa kumpulan basikal yang semakin meningkat naik.

''Malah ada di kalangan anak-anak Terengganu ini telah berjaya melonjakkan kemampuan mereka sehingga ke peringkat kebangsaan seperti Fateha Mustafa dan Anuar Manan,'' ujarnya.

Sementara itu, mengulas mengenai gelanggang rakyat, beliau memberitahu, kerajaan telah pun berjaya membina lebih 900 gelanggang pelbagai guna daripada 1,200 jumlah keseluruhannya.

3 ulasan:

Car Loan Calculator berkata...

All the best.....

Looking for a Car? berkata...

best gile

Dan Bennett berkata...

Nice....
Dan Bennett
Accredited British Cycling Tutor progressive cycle coaching