01 Mei, 2009

Pelumba PBD Patah Tulang Selangka.

Selepas pembedahan dan dimasukan besi.

Sebelum pembedahan didapati tulang selangka patah.

KPJ Damansara Specialist Hospital, Damansara Utama Petaling Jaya.

Pada 12.4.2009 jam lebih kurang 12.30 tengah malam salah seorang pelumba dari Persatuan Berbasikal Dungun yang mewakili PLN Terengganu mendapat kemalangan ketika menyertai acara keirin separuh akhir di Velodrom Kuala Lumpur dan mengalami kecederaan patah tulang selangka dengan regangan fragmen yang luas serta kecederaan otok yang bersambung dengan tulang selangka. Pembedahan ORIF telah dilakukan di Hospital Pakar Damansara oleh Dr. Gan Eng Cheng bermula jam 9.30 pagi dan selesai pada jam 11.30 pagi.

Persatuan Berbasikal Dungun mengucapkan jutaan terima kepada Majlis Sukan Negara, Institut Sukan Negara, KPJ Damansara Specialist Hospital dan Majlis Sukan Negeri Terengganu. Ucapan terima kasih juga di ucapkan kepada individu yang banyak menolong antaranya En. Mohd Shaari, En. Arzain, En. Yazid (MSN) dan Cik Mimi dari MSN Terengganu. Segala jasa dan budi anda semua tidak dapatlah kami balas dan berharap Allah S.W.T akan membalas segala jasa baik anda semua dan doa kami agar anda semua mendapat berkah dari Allah S.W.T di dunia dan akhirat.

6 ulasan:

R28est berkata...

salam..skang ni mcm mana rider tu? blh kayuh lagi ke? sian dia..

East Coast Cycling Team berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
East Coast Cycling Team berkata...

Salam R28est...rider tu dah ok pun. Dah turun traning dah pun. Apa pun perjuangan perlu diteruskan...

ESSENTIELS berkata...

Assalamualaykum.

Saya telah membaca artikel yang telah dikeluarkan oleh pengarang blog ini. Memang mengasyikkan.

Saya mempunyai sebuah laman blogspot yang menjual oakley. sesiapa yang berminat, sila ziarah ke alamat tersebut: -

essentiels-myessentiel.blogspot.com

Sekian, wassalam.

Pelapis-future champions berkata...

semoga adik fahmi cepat sembuh dan boleh kayuh balik

East Coast Cycling Team berkata...

Pelapais-future Champions - terima kasih tidak terhingga kami dari Persatuan ini mengucapkan. Untuk pengetahuan adik fahmi dah pun mula berlatih semula