03 Mac, 2009

Kejohanan Lumba Basikal Remaja (Trek - 1/2009) Sportexcel/MILO/MSN/PKBM 20 - 22 Februari 2009 Di Velodrom Rakyat,Ipoh Perak.










Persatuan Berbasikal Dungun mengucapkan syabas dan tahniah kepada pelumba yang berjaya mendapat pingat gangsa dalam acara Team Sprint 17 & 18 tahun. Pelumba terdiri daripada Muhammad Aim Mohd Fauzi, Fadli Ikram Harizan dan Mohd Fahmi Irfan Mohd Zailani dengan catatan masa 55.260 mengalahkan pasukan daripada Akademik Serantau Zon Utara 55.650, manakala tempat pertama diraihkan oleh Pelapis Kebangsaan dengan catatan masa 51.550 dan tempat kedua pula oleh pasukan Pelapis Serantau dengan catatan masa 54.016.

Dalam acara 5 km @ 20 lap scratch race perserta PBD sekadar mendapat tempat ke 5 dan ke 13 dengan catatan masa 6:53.438, acara ini di ungguli oleh Akademi Serantau Zon Utara.

Bagi pelumba bawah 16 tahun pihak PBD berpuas hati kerana peserta dapat membaiki masa peribadi, PBD berharap agar semua pelumba bawah 16 tahun dan 17 & 18 tahun akan lebih gigih lagi berlatih semoga anda semua beroleh kejayaan yang cemerlang dimasa akan datang.

SEMOGA MAJU JAYA / JANGAN BANYAK MAIN.

4 ulasan:

The Pocket Rocketman berkata...

tahniah anak2 buah ku..teruskan perjuanganmu..berlatih dgn lebih gigih lg

East Coast Cycling Team berkata...

Insyaallah joe....!!!

Stowboarder berkata...

Salam..
Wah bagus blog ni...pelapis yek!
Kalau ada anak buah ke kawan2 ke minat dengan basikal dari Jepun bagitau lah yek:
http://basikaljepun.blogspot.com
Selamat Maju Jaya semua!

Tyazizul berkata...

tahniah plbd..tahniah untuk azizulhasni juge..yeayyyy!!