06 September, 2008

KRANKIN AT KENT RIDGE 2008 (MTB XC RACE SINGAPURA PADA 31 OGOS 2008)





Persatuan Lumba Basikal Daerah Dungun amat berbangga dengan kemenangan yang telah diraihkan di Kejohanan Krankin At Kent Ridge MTB XC Race 2008 yang telah dilangsungkan di Kota Singapura pada 31 Ogos 2008 tempoh hari. Walaupun kedua dua pelumba kita mendapat tempat kedua iaitu Azmanira dalam acara Women Open dan Mohd Zulhafiz dalam acara Men Under 18 tetapi kemenangan anda berdua akan menaikan lagi semangat pelumba pelumba yang lain di dalam PLBD Dungun.Persatuan Lumba Basikal Daerah Dungun dan seluruh warga mengucapkan tahniah dan syabas diatas kejayaan yang anda berdua raih dan Persatuan berharap semua warga PLBD Dungun akan berusaha dengan lebih gigih lagi. Selamat Berjaya.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

agong mu klass skali...tobat ah!!..haha..
magat doh rasa..
doh bila nk blanje mkn awok2nye?..hehe.

Arnaz M. Khairul berkata...

DEngar cerita team Dungun nak ke KL masuk Keirin Open ke?

East Coast Cycling Team berkata...

Insyallah....! kalau peruntukan mencukupi dan ada kelapangan masa (kebetulan cuti sekolah)PLBD Dungun akan menyertai acara Keirin tersebut.Terima kasih arnaz m.khairul kerana sudi menjenggok blog kami yang tak seberapa ini jua jutaan terima kasih diatas sokongan anda. Tabik hormat dari kami di PLBD Dungun.