16 September, 2008

BUKTI KEUPAYAAN ATAU TERSINGKIR


Petikan daripada : Utusan Malaysia.
KUALA LUMPUR - Atlet remaja yang terpilih ke Cawangan Pelapis di Majlis Sukan Negara (MSN) mempunyai masa selama empat tahun untuk membuktikan keupayaan untuk dinaik taraf ke peringkat tertinggi atau disingkirkan daripada program itu.
Pengarah Cawangan Atlet Pelapis MSN, Jeffri Ngadirin berkata, atlet mempunyai dua peluang untuk dinaik taraf ke Cawangan Elit iaitu perlu sekurang-kurangnya menyamai catatan masa atau jarak bagi tempat ketiga di temasya Sukan SEA dalam tempoh empat tahun bernaung di bawah program pelapis.
"Selepas diberikan dua peluang, jika masih gagal mengatasi catatan tempat ketiga dalam sesuatu temasya Sukan SEA, mereka akan disingkirkan," katanya, semalam.
Jeffri berkata, setiap tahun, hampir 100 atlet yang berumur dari 13 hingga 18 tahun diserap ke Cawangan Atlet Pelapis untuk digilap menjadi bintang sukan yang akan mengharumkan nama negara.
Pengambilan atlet, katanya, bukan secara pukal tetapi bergantung kepada kekosongan kuota jenis sukan yang memerlukan pelapis baru.
Kebanyakan mereka dikenal pasti daripada pelbagai program pencarian bakat di negeri-negeri atau dicadangkan sendiri oleh persatuan sukan masing-masing, katanya.
Beliau berkata, setiap atlet Cawangan Pelapis menerima elaun bulanan RM300 manakala program Elit RM500 sebulan.
"Tetapi atlet daripada kedua-dua program tersebut menerima latihan daripada jurulatih yang sama, malah diberi peluang ke kejohanan yang sama.
"Cuma bagi pelapis, mereka perlu membuktikan keupayaan terlebih dahulu dengan sekurang-kurangnya menyamai catatan tempat ketiga di Sukan SEA," katanya.
Jeffri berkata, daripada sejumlah 250 atlet pelapis sekarang, hanya 20 peratus yang berpotensi dinaik taraf ke Cawangan Elit dan seterusnya mewakili negara ke temasya Sukan Olimpik
.

2 ulasan:

Arnaz M. Khairul berkata...

Persoalannya bukan ambil atau naik taraf atau gugur.. Persoalan paling penting: Adakah MSN, setelah membelanjakan wang yang terlalu banyak untuk menubuhkan pusat latihan negeri dan sebagainya, akan pula mengeluarkan belanja supaya pelumba-pelumba yang beratus-ratus ni, diberi peluang sama rata untuk membuktikan dan memperbaiki kebolehan masing-masing. Ini hanya boleh dilakukan dengan adanya perlumbaan yang mencukupi di semua peringkat.
Jangan nanti rider beratus-ratus, kerja diorang training, training, training, takde lumba. Sampai cukup waktu, kena drop!! cara terbaik pelumba membuktikan kebolehan hanya melalui perlumbaan, bukan training!!
Umpama melepaskan batuk di tangga kalau situasi sekarang ni tak diperbaiki...

Tanpa Nama berkata...

gua agree ngan arnaz...