07 November, 2008

ORBEA THE CHAMPIONS WEAPON


Orbea’s Ordu bicycle will race over Asian lands guided by top sportspeople such as Samuel Sánchez or triathletes like Hunter Kumper, Jarrod Shoemaker, Laura Bennett and Axel Zeebroek. Orbea’s fastest weapon will be the champions’ weapon too.
Orbea has spared no efforts in the creation of the best bike against the clock: wind-tunnel tests, cycle-track effort tests, computer simulation, finite element analysis (FEA), iterative processes, and interviews with professionals and users. All this led to the fastest bicycle on the market. And it is manufactured by Orbea.

06 November, 2008

KEJOHANAN LUMBA BASIKAL TREK PIALA DUNIA DI MELBOURNE AUSTRALIA

PLBD Dungun berbangga dengan anda semua.Semoga akan berjaya
dan mengharumkan nama persatuan,negeri juga negara selamat berjuang
Written by Administrator
Nov 06, 2008 at 01:42 PM

PERSEKUTUAN Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) tidak menaruh harapan yang tinggi apabila menghantar pelumba menyertai sirkit kedua Kejohanan Lumba Basikal Trek Piala Dunia di Melbourne, Australia pada 20 hingga 22 November ini.
Sebaliknya mereka ingin menjadikan kejohanan itu sebagai medan menguji kemampuan pelumba-pelumba negara yang kembali mengikuti latihan selepas berehat panjang baru-baru ini.
Presiden PKBM, Abu Samah Wahab mengesahkan seramai 12 pelumba akan menyertai kejohanan ini.
Selain skuad Olimpik, Josiah Ng Onn Lam, Mohd. Azizulhasni Awang, Mohd. Rizal Tisin dan Muhamad Edrus Md Yunos, Junaidi Mohd. Nasir serta pelumba wanita, Fatehah Mustapa turut membuat penampilan pada kejohanan ini.
“Saya tidak harap sesuatu pencapaian yang terbaik kerana barisan pelumba negara baru sahaja menjalani latihan selepas berehat panjang baru-baru ini.
“Saya sudah berbincang bersama jurulatih (John Beasley) dan dia juga bersetuju untuk menjadikan kejohanan ini sebagai medan ujian untuk menilai tahap kemampuan pelumba.
“Tambahan pula Beasley tidak mempunyai skuad yang lengkap selepas Rizal dan Junaidi menangguhkan kepulangan mereka ke Melbourne,” kata Abu Samah.
Jika Junaidi menangguhkan latihannya atas alasan melangsungkan perkahwinan, Rizal pula bertekad untuk mencari pekerjaan tetap dengan menyertai Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Menurut Abu Samah, Junaidi akan pulang ke Melbourne pada 15 November ini diikuti Rizal beberapa hari selepas itu.
Manakala skuad endurance negara yang terdiri daripada enam pelumba iaitu Mohd. Jasmin Ruslan, Amir Mustafa Rusli, Mohd Akmal Amrun, Thum Weng Kin, Mohd. Fadli Anuar Mohd. Fauzi dan Mohd. Zamani Mustarudin selamat sampai ke Melbourne semalam.
“Skuad Olimpik akan memberi tumpuan pada acara kegemaran iaitu pecut individu, pecut berpasukan dan keirin manakala skuad endurance akan menyertai acara kejar mengejar berpasukan, kejar mengejar individu, perlumbaan mata dan Scratch.
“Manakala Fatehah akan menyertai tiga acara iaitu pecut individu, keirin dan 500 meter,” kata Abu Samah.
Pada masa yang sama, Abu Samah turut meluahkan kegembiraannya selepas skuad negara yang berpangkalan di Melbourne berjaya mendapatkan rumah yang lebih besar berbanding sebelum ini.
Keadaan ini memberi peluang kepada PKBM untuk menghantar lebih ramai pelumba berlatih selain mengurangkan kos penginapan sekiranya mereka menyertai sesuatu kejohanan di sana.

05 November, 2008

Baru Belajar Editing (Pra Sekolah)

Setelah menghabiskan beberapa jam mengedit inilah hasilnya yang tidak seberapa. Masih lagi dalam proses pembelajaran daripada orang orang yang berpengalaman dan pakar dalam bidang ini.Bak kata orang tak tahu kena tanya dan kalau tak pandai kena belajar.

04 November, 2008

Malaysia Track Sprint Cycling (Baik Punya)




JOM LAYAN CLIP DIATAS,PASTI ANDA TERSENYUM SENDIRI..!!!

02 November, 2008

THE ART OF CYCLING

P/S :- SEKADAR UNTUK TATAPAN SEMUA RIDERS PLBD DUNGUN

LIHAT LAH....! HAYATILAH....! PERHATIKAN LAH...! DAN TAULADANI LAH MEREKA

"Sesungguhnya bukan senang hendak menjadi senang"

Ayuh...!Apa lagi yang hendak di tunggu....kuatkan semangat dan tekatkan hati sesungguhnya anda semua boleh melakukan sesuatu yang terbaik .......DEMI.....

UNTUK DIRI ANDA SENDIRI

UNTUK IBUBAPA DAN KELUARGA ANDA

UNTUK NEGERI KELAHIRAN ANDA

UNTUK NEGARA MALAYSIA YANG TERCINTA

HARIMAU MATI MENINGGALKAN BELANG,MANUSIA MATI MENINGGALKAN NAMA

Anda adalah di kalangan orang orang yang bertuah di muka bumi Allah S.W.T

31 Oktober, 2008

Beasley mahu bina legasi di Malaysia




Written by Administrator
Oct 30, 2008 at 02:10 PM

KUALA LUMPUR - Pengarah kejurulatihan berbasikal negara, John Beasley mahu meninggalkan legasi yang tidak akan dilupakan rakyat Malaysia apabila memegang jawatan itu untuk tempoh empat tahun akan datang.
Selain itu sebaik menjawat jawatan itu secara rasmi mulai 1 November ini nanti, tumpuan utamanya ialah untuk memberi lebih penekanan
kepada sains sukan dalam setiap program latihan yang diaturnya.
Itu antara yang menarik perhatian Majlis Sukan Negara (MSN) dalam pertemuan dengan beliau di Bukit Jalil, semalam.
Pengarah Cawangan Elit MSN, Ariffin Ghani berkata, pihaknya berpuas hati dengan pendekatan saintifik yang akan digunakan Beasley dalam program latihannya.
"Apa yang dapat saya katakan, program latihannya cukup komprehensif (menyeluruh). Bukan sahaja untuk melahirkan pelumba yang baik juga jurulatih tempatan yang baik.
"Ini yang menyebabkan kita begitu tertarik dengan John. Malah keazamannya hendak meninggalkan legasi di Malaysia sesuatu yang cukup MSN hormati dan hargai," kata Ariffin.
Sehubungan itu, Beasley akan diberi kuasa memantau keseluruhan program pembangunan berbasikal di negara ini.
Mengenai program untuk lebuh raya, Ariffin berkata, Beasley akan mengadakan perbincangan dengan jurulatih tempatan, Jamaluddin Omar bagi memperincikan lagi program latihan yang mahu dilaksanakannya.
Manakala program untuk trek, beliau akan bertanggungjawab sepenuhnya dengan fokus awal adalah kepada melahirkan pelumba pecut yang boleh menyumbang pingat pada Sukan Asia dan Sukan Komanwel 2010.
"John juga gembira dengan gaji yang ditawarkan MSN dan kita akan adakah majlis menandatangani kontrak tidak lama lagi," jelas Ariffin.


Sumber :- MNCF

28 Oktober, 2008

MONSOON IS COMING NOW....!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Musim tengkujuh kini dah mula melanda Pantai Timur Semenanjung terutama di Daerah ini.
Tiap tiap petang hujaaaaan.............hmmmmmmm.Teringat lagu (Hujan - Sudirman)

24 Oktober, 2008

SEKITAR LATIHAN MENGUNAKAN BASIKAL TRACK

Salah satu daripada basikal track jenama Jimie Superfly ...!!

Dua pelumba bersiap sedia untuk berlatih

Tunjuk kemampuan dalan ujian masa 1 Km

Jimie Superfly dan Ariff beri taklimat semasa latihan

Baik pulih dan pemeriksaan keatas basikal sebelum latihan

Dah ada amaran bahaya letak juga basikal kat situ....degil budak budak nih.!!






22 Oktober, 2008

TERENGGANU CADANG BINA VELODROM RM 40 JUTA

Azizulhasni sedang beraksi dalam salah satu acara di Velodrom.

KUALA TERENGGANU - Kerajaan Terengganu akan membina sebuah velodrom bertaraf antarabangsa berharga RM40 juta tidak lama lagi dalam usaha meningkatkan sukan lumba basikal di negara ini.
Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri, Datuk Abdul Rahin Mohd Said berkata pembinaan velodrom itu adalah yang ketiga di negara ini selepas velodrom di Ipoh, Perak dan Bukit Jalil, Kuala Lumpur. “Pembinaan velodrom ini juga akan dapat membantu dalam menyediakan kemudahan kepada sekolah sukan yang akan dibina di Terengganu tidak lama lagi,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis Aidilfitri dan penyampaian cek bantuan pentadbiran kepada persatuan sukan di Kompleks Sukan Negeri di Gong Badak di sini semalam. Sementara itu, katanya Kementerian Belia dan Sukan juga sudah bersetuju untuk membina sebuah velodrom berharga kira-kira RM500,000 di Dungun.

Sumber : Sinar Harian
P/S : PLBD Dungun ucapkan jutaan terima kasih kepada KBS

MASKULIN NOVEMBER 2008

Keluar doh...!!!!! Pakat gi beli belako....!!!!