24 November, 2009

21 November, 2009

Wuhan Road Race Championship (China)




On a cold and windy day,on 8/11/2009 morning 9.45 am local time,one of the most beautiful situated race location in China Wuhan,
Team Terengganu CCN Bikelabz made history for Terengganu Cycling (MSNT),by being the first Malaysia State invited to race in China,
With careful planning and sleepless nights,the team manageress Miss Rebecca Peters,team co-ordinator Mr. Nasiruddin Idrus,CCN Mr.
Colin Leung,were able to produce,riders,logistics and the race paraphernalia ready and be at the race circuit at Wuhan as per schedule
between Terengganu state,Singapore,Hong Kong and to China Wuhan.
None of the team members,including the riders had ever race in China before.They were impressed by the cold attitude and extreme
effieciency of the local Chinese riders.Mind you,not the food!Thats take longer to appreciate.
On the race day,decided to play spoil sport because of foreign land,and so instead of our 3 riders only 2qualified on the top 10 podium,
Amirull (Baam) on 8 th position,Saiful Anuar Aziz on 10th position,and Mohd. Shobry finish near Saiful in the field of 180 riders.At this
level the competition is intense.Considering the cold weather,windy and the air is dry so its was hurting the riders throats.

Regards,
Chai

Thank To Mr. Chai Bikelabz From Dungun Cycling Team.

UCI Track World Cup 2009-2010 #2, Melbourne, Australia, CDM (World Cup)

Azizulhasni Awang and Josiah Ng hoist Carsten Bergemann (Germany) aloft on the men's keirin podium.

Men's Keirin

Ross Edgar was the man to beat heading into the Melbourne event, the only rider on Sky +HD’s sprint roster. Having made it through to the semi final, he was eliminated in an entertaining match up which saw Azizul Awang, Tang Qi and Shane Perkins progress to the gold medal showdown.

In the gold medal final this was the trio to watch although the party was spoilt by German rider Carsten Bergemann, who hit out over the last lap to take a comfortable win, with Azizul Awang finishing second following Shane Perkins’ relegation for crowding.

It was Ng’s first world cup medal since 2006 and a glorious return for Awang, who said he was obviously happy with the Malaysians’ performance – with two riders on the keirin podium – and the team’s approach to this event.


Men's Keirin Results and Final Classification
1 Carsten Bergemann (Germany)
2 Azizulhasni Awang (BTA)
3 NG Josiah (Malaysia)
4 Qi Tang (People's Republic of China)
5 Simon Van Velthooven (New Zealand)
REL Shane Perkins (Jayco)

Tahniah Dan Syabas daripada kami di Dungun Cycling Team untuk Azizul dan Josiah Ng
sesungguhnya Kami dan Rakyat Malaysia Bangga dengan anda. Bersama Majukan Sukan Berbasikal di Malaysia.

14 November, 2009

13 November, 2009

Cabaran Bukit Bauk 2009 Dungun Terengganu.

Dungun Cycling Team mengucapkan tahniah dan syabas kepada pemenang di acara Cabaran Bukit Bauk 2009 yang berlangsung di Taman Rimba Bandar Bukit Bauk Dungun.
Tempat pertama peserta dari Terengganu.
Tempat kedua peserta dari Dungun.
Tempat ketiga peserta dari Terengganu.
Tempat keempat peserta dari Dungun.
Tempat kelima peserta dari Kemaman.
Peserta mendengar ucapan daripada En.Hussin selepas pertandingan.
En Hussin selaku ketua Jurulatih Basikal Negeri Terengganu menyampaikan ucapan dan pesanan kepada semua pelumba pelumba selepas pertandingan.
Peserta selamat sampai digarisan penamat di Bukit Bauk.
Pelumba menghampiri Taman Rimba Bandar Bukit Bauk.
Para pelumba sampai di Bukit Bauk Jalan Utama K/trg Kuantan.
Pelumba pelumba sampai di Kampong Durian Mentangau.
Pendakian di Kampong Bukit Serdang menghala kearah Ladang Limau Madu.
Walau pun hujan renyai renyai pelumba pelumba tetap berkayuh.
Peserta bersiap sedia di tempat permulaan untuk pelepasan.
Taklimat laluan dan keselamatan disampaikan oleh En.Hamzah.
Para peserta bersiap sedia untuk ketempat pelepasan.

Dungun Cycling Team mengucapkan terima kasih kepada semua pelumba pelumba yang telah menjayakan kejohanan Cabaran Bukit Bauk 2009 yang pertama kali dianjurkan ini. Juga jutaan terima kasih kepada Pengurus Pasukan, Jurulatih dari Dungun, Kemanan dan Terengganu yang memberi kerja sama yang sangat baik demi menjayakan kejohanan kali pertama ini. Tak lupa juga kepada petugas petugas yang bertungkus lumus mengawal lalu lintas. Insyallah dimasa yang akan datang Dungun Cycling Team akan menganjurkan lagi kejohanan seperti ini demi memertabatkan Sukan Berbasikal di Negeri Terengganu dan Malaysia Amnya.

Sukan Berbasikal Untuk Semua. Moga Maju Jaya.

09 November, 2009

Singapore National Cycling Championship 2009



Dungun Cycling Team mengucapkan jutaan terima kasih kepada Mr.Chai dari Bikelabz Singapore kerana telah sudi memberi gambar. Harap kalau ada kejohanan lagi jemput lah anak anak buah Dungun Cycling Team. Maju jaya sukan berbasikal.

08 November, 2009

The 15th Asian Mountain Bike Championships Air Keroh Melaka


Pemenang Ketegori Junior Kazuki Shimizu (tengah) diapit Hildan Afosma Katana (kiri) dan
Mohd Aim Mohd Fauzi pada kejohanan Basikal Bukit di Taman Muzaffa Height Air Keroh Melaka.

MELAKA - Peserta dari Indonesia, Popo Ario Sejati membuktikan kejaguhan apabila menjuarai acara menurun bukit kategori Elit Lelaki Kejohanan Basikal Bukit ke-15 di Taman Muzaffar Height, Ayer Keroh, semalam.

Pelumba berusia 23 tahun itu berkata, dia yakin memenangi perlumbaan itu setelah melakukan latihan dan persediaan sejak sembilan bulan lalu.

"Trek sejauh 1.5 kilometer ini agak mencabar dan berbonggol-bonggol.

"Ia juga agak teknikal berbanding trek lain, namun saya suka trek sebegini," katanya

Popo mengungguli kategori Elit apabila mencatatkan masa terpantas iaitu dua minit 39.50 saat.

Dia diekori peserta Jepun, Naoki Idegawa dengan masa 2:43.61s di tempat kedua. Tanaphon Jarupeng dari Thailand pula terpaksa berpuas hati di tempat ketiga dengan catatan 2:50.28s.

Peserta Jepun, Mio Suemasa, 26, pula mengungguli acara menurun bukit kategori Elit Wanita apabila menewaskan tujuh pencabar lain.

Mio muncul juara dengan catatan masa 3:1.60s diikuti peserta dari Indonesia, Risa Suseanty dengan masa 3:16.93s manakala tempat ketiga disandang peserta dari Thailand, Aussanee Pradupyard dengan 3:29.15s.

Menurut Mia, catatan masa yang dilakukan beliau pada hari ini lebih rendah berbanding semalam.

"Hujan petang semalam menyebabkan keadaan trek hari ini (semalam) agak licin dan sesetengah tempat becak.

"Walaupun melakukan beberapa kesilapan, saya tidak patah semangat dan cuba sedaya upaya untuk memenangi acara ini," katanya.

Seorang lagi peserta Jepun, Kazuki Shimuzu, 17, membuktikan penguasaan negara matahari terbit itu apabila muncul juara acara menurun bukit kategori Junior.

Kazuki muncul apabila mencatatkan masa terpantas iaitu 2:56.01s manakala peserta dari Indonesia, Hildan Atosma Katana di tempat kedua dengan masa 2:57.32s.

Peserta negara, Mohd. Aim Mohd. Fauzi, 18, membuktikan bahawa negara ini tidak ketandusan bakat dalam acara menurun bukit basikal gunung apabila mendapat tempat ketiga dengan catatan masa 3 minit 5.69 saat.

Dungun Cycling Team mengucapkan tahniah dan syabas kepada Mohd Aim diatas kejayaan tersebut dan tidak lupa kepada Jurulatih En.Fauzi kerana kejayaan melatih Pasukan Malaysia dalam Acara Mountain Bike. TAHNIAH

07 November, 2009

Lumba Basikal Miliki Potensi Besar

Written by KOSMO

KETIKA peminat sukan tanah air sering memberi tumpuan kepada sukan popular seperti bola sepak, hoki dan badminton, sebenarnya mereka terlupa bahawa lumba basikal juga tidak kurang hebatnya.

Tidak dinafikan lagi lumba basikal adalah sukan yang paling menunjukkan peningkatan positif sejak beberapa tahun ini.

Pelbagai kejayaan telah diraih pelumba negara dalam banyak kejohanan yang disertai tidak kira dari dalam mahupun luar negara dan semuanya adalah hasil daripada keterapian program yang dirancang oleh Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM).


Mungkin ramai yang sangsi dengan hakikat ini, namun jika dilihat kepada sejarah sukan negara, lumba basikal adalah antara sukan yang banyak memberi peluang anak tempatan kita beraksi di temasya sukan terbesar dunia, Sukan Olimpik.

Berdasarkan rekod, bekas jaguh trek negara, Rosman Alwi pernah beraksi pada temasya Sukan Olimpik di Los Angeles pada tahun 1984 dan Seoul 1988.

M. Kumaresan turut beraksi pada temasya Seoul 1988 bersama Rosman. Dia juga membawa cabaran Malaysia pada temasya Barcelona 1992.

Sebelum itu, Andrew Michael, Choy Mow Thin, Supaat Hamid, Salam Kamsari, Ng Joo Pong, Zain Safaruddin, Stephen Lim Tian San dan Tuow Choon Boon pula menggalas nama negara buat kali pertama pada temasya 1964 di Tokyo.

Walaupun lumba basikal masih belum mampu menyumbang pingat di pentas Olimpik, namun hakikatnya, sukan ini sudah mula menunjukkan sedikit harapan untuk mengharumkan nama negara suatu masa nanti.

Lupakan seketika bola sepak, hoki, gimrama atau badminton yang diserang prestasi tidak menentu dan cuba kita alihkan tumpuan kepada sukan dua roda ini.

Tahun lepas saja dua pelumba negara, Mohd. Azizulhasni Awang dan Anuar Manan masing-masing mencipta kejutan dalam kejohanan yang disertai iaitu Piala Dunia di Melbourne dan Beijing serta Kejohanan Le Tour de Langkawi (LTdL).

Malah ramai lagi pelumba generasi muda seperti Ahmad Haidar Anwar, Mohd Rizal Tisin, Fatehah Mustapa, Ahmad Fauzan Ahmad Lutfi mula menyinar di bawah bimbingan jurulatih berpengalaman seperti John Beasley, Jamaluddin Omar dan Ng Joo Ngan.

Jadi apakah sebenarnya ramuan PKBM yang diterajui Abu Samah Abd. Wahab dan Datuk Naim Mohamad dalam melahirkan ramai bakat-bakat baru yang sudah mula menyinar dalam sukan lumba basikal di persada antarabangsa ini?

"Sebenarnya kejayaan kita melahirkan ramai pelumba-pelumba muda yang berbakat seperti Azizulhasni, Anuar Manan, Rizal Tisin dan ramai lagi adalah hasil dari program pembangunan dari peringkat akar umbi seperti Sport Excel, Sukan Malaysia (Sukma) dan banyak lagi," kata Naim baru-baru ini.

"Tapi yang lebih memainkan peranan utama kejayaan pelumba kita sejak kebelakangan ini ialah perancangan dan persediaan program latihan yang tersusun dan juga penyertaan dalam pelbagai kejohanan di luar negara sejak beberapa tahun yang lepas.

"PKBM telah lama beranggapan jika kita mahu mengembangkan lagi kemampuan pelumba-pelumba negara, selain latihan yang betul, mereka juga perlu merasai sendiri suasana di dalam pertandingan ketika bersaing dengan pelumba-pelumba profesional negara lain.

"Inilah sebenarnya yang banyak membantu pelumba kita meningkatkan lagi kemampuan mereka ke tahap yang maksimum. Jika kita hanya mampu melahirkan bakat-bakat baru saja, tapi tiada kesinambungan dalam program latihan dan pendedahan, saya rasa kita tidak akan menikmati pencapaian yang baik seperti ini," kata Naim lagi.

Bagi bekas pelumba kebangsaan, Rosman Alwi pula, dia bersetuju bahawa peningkatan yang dipamerkan oleh pelumba negara ketika ini adalah hasil daripada pendedahan dan pengalaman menyertai banyak kejohanan di luar negara.

"Dalam mana-mana sukan pun pengalaman dan pendedahan adalah perkara penting dalam menentukan kejayaan seseorang atlet itu," kata Rosman.

"Semakin banyak atlet itu didedahkan dengan saingan dan suasana dalam pertandingan yang kompetetif, maka semakin banyak ilmu dan pengetahuan yang akan dikutipnya.

"Oleh itu jika atlet itu didedahkan dalam kejohanan lebih awal iaitu di peringkat usia muda, tidak mustahil dia akan muncul sebagai prospek terbaik untuk muncul juara.

"Ketika zaman saya dahulu, tidak banyak kejohanan kompetetif yang kita mampu sertai kecuali Sukan SEA, Sukan Asia, Komanwel dan sebagainya. Dengan kata lain tidak banyak kejohanan terbuka luar negara yang kita mampu hantar pelumba menagih pengalaman.

"Tapi sekarang, dengan usaha dari Kementerian Belia dan Sukan, Majlis Sukan Negara dan PKBM sendiri, saya rasa tidak mustahil pelumba negara akan menjadi antara pencabar baru kepada pasukan-pasukan dari benua lain," ujar Rosman lagi.

Begitupun, kesemua kejutan dan kejayaan ini banyak dilakar menerusi acara trek dan pecut, namun bagaimana pula dengan pencapaian negara dalam acara lebuh raya?

Menurut Naim yang mengetuai penganjuran Kejohanan Le Tour de Langkawi 2009 bermula pada 9 hingga 15 Februari ini, selepas perancangan dan program yang dibuat ke atas pelumba pecut dari acara trek mula membuahkan hasil, PKBM kini sudah merangka satu perancangan jangka panjang dengan kerjasama pihak MSN.

"Saya akui skuad lebuh raya kita masih lagi gagal menyerlah di pentas antarabangsa seperti skuad trek negara," kata Naim ketika majlis penajaan LTdL bersama Milo baru-baru ini.

"Kita sudah buktikan yang kita boleh menang pingat emas dalam acara trek, jadi saya yakin kita mampu melakukan perkara yang sama dalam acara lebuh raya, basikal bukit mahupun BMX.

"Oleh itu, bagi memastikan kita juga mampu melahirkan jaguh dalam acara-acara tersebut, skuad lebuh raya kebangsaan buat pertama kali akan diletakkan di bawah program MSN mulai tahun ini dengan sasaran utama layak ke Sukan Olimpik 2012 di London dan meraih pingat pada Sukan Olimpik 2016.

"Dengan bantuan khusus dari kerajaan, kita boleh berjaya. Kita juga sudah ada program pelapis yang mana mampu menyumbang ke dalam skuad elit.

"Malah, LTdL 2009 yang berlangsung Februari ini juga merupakan medan ujian pertama untuk kita mengenalpasti pelumba lebuh raya berbakat yang mampu merealisasikan impian layak ke Sukan Olimpik 2012 di London," katanya lagi.

Jelas sekali penganjuran kejohanan seperti LTdL dan Jelajah Malaysia juga memainkan peranan tersendiri dalam melahirkan pelumba-pelumba berkualiti ketika ini.

Malah, tidak disangkal lagi bahawa prestasi pelumba lebuh raya dan pecut juga banyak meningkat hasil dari saingan pelumba profesional dunia yang lain dan ini diakui sendiri oleh presiden PKBM, Abu Samah.

"LTdL memang memainkan peranan besar bukan sahaja sebagai sukan pelancongan tetapi juga dalam mengetengahkan bakat pelumba kita ke peringkat antarabangsa," kata Abu Samah baru-baru ini.

"Oleh itu saya berpendapat, LTdL perlu diteruskan supaya peluang akan lebih terbuka luas buat pelumba kita mengasah bakat dan menarik perhatian pasukan profesional luar negara.

"Dalam hal ini, LTdL ternyata berkesan. Pada saya tidak kira siapa yang menganjurkannya baik kerajaan mahupun swasta selepas ini, yang penting, ia perlu terus diadakan.

"Kita akan memperbaiki lagi program pembangunan untuk mengenal pasti lebih ramai pelumba berbakat. Sekarang ini, kita bukan sahaja ada skuad kebangsaan tetapi juga pasukan benua sendiri yang dibarisi pelumba-pelumba muda.

"Ada sesetengah penganjur perlumbaan, mereka tidak minat jemput pasukan kebangsaan. Di sinilah peranan pasukan benua akan digunakan untuk kita menyertai lebih banyak perlumbaan di luar negara. Penubuhan kelab persendirian seperti Le Tua juga turut menyumbang ke arah itu.

"Dalam menyusun semula pengurusan lumba basikal lebuh raya negara, PKBM akan terus memberi kepercayaan kepada jurulatih tempatan, Jamaluddin Omar yang akan melatih pelumba kita menerusi program yang diaturkan.

"Saya harap dengan gabungan kedua-dua jurulatih berpengalaman ini, pelumba lebuh raya kita akan mula menyinar suatu masa nanti," katanya lagi.