01 Mei, 2009

Pelumba PBD Patah Tulang Selangka.

Selepas pembedahan dan dimasukan besi.

Sebelum pembedahan didapati tulang selangka patah.

KPJ Damansara Specialist Hospital, Damansara Utama Petaling Jaya.

Pada 12.4.2009 jam lebih kurang 12.30 tengah malam salah seorang pelumba dari Persatuan Berbasikal Dungun yang mewakili PLN Terengganu mendapat kemalangan ketika menyertai acara keirin separuh akhir di Velodrom Kuala Lumpur dan mengalami kecederaan patah tulang selangka dengan regangan fragmen yang luas serta kecederaan otok yang bersambung dengan tulang selangka. Pembedahan ORIF telah dilakukan di Hospital Pakar Damansara oleh Dr. Gan Eng Cheng bermula jam 9.30 pagi dan selesai pada jam 11.30 pagi.

Persatuan Berbasikal Dungun mengucapkan jutaan terima kepada Majlis Sukan Negara, Institut Sukan Negara, KPJ Damansara Specialist Hospital dan Majlis Sukan Negeri Terengganu. Ucapan terima kasih juga di ucapkan kepada individu yang banyak menolong antaranya En. Mohd Shaari, En. Arzain, En. Yazid (MSN) dan Cik Mimi dari MSN Terengganu. Segala jasa dan budi anda semua tidak dapatlah kami balas dan berharap Allah S.W.T akan membalas segala jasa baik anda semua dan doa kami agar anda semua mendapat berkah dari Allah S.W.T di dunia dan akhirat.